Suami perawat. Aku dan family ‘ditundukkan’. Nikah batin hingga lahir zuriat. 100k lebur tanpa sedar

Foto sekadar hiasan

Perkahwinan Scam

Assalammualaikum semua. Saya Kamariah Abidin. Confession ini adalah tulisan saya yang ketiga disiarkan dalam page ini. Kisah pertama saya menulis tentang jatuh bangun seorang ibu tunggal.

Kisah kedua saya tulis tentang bekas suami saya seorang perawat (klik kink dibawah)

Dan kisah ketiga ini berkait dengan berita tergempar di media baru baru ini, mengenai gadis yang hilang selama 3 tahun dijumpai di rumah di Kelantan, dipercayai telah menikahi orang tua dan dipukau.

Terlebih dahulu biarlah saya nyatakan dan betulkan niat penulisan ini, bukanlah mahu membuka aib atau memburukkan sesiapa.

Saya hanya mahu berkongsi pengalaman gelap saya agar dapat dijadikan iktibar oleh gadis gadis manis di luar sana.

Percerraian saya dengan bekas suami sudah masuk tahun keenam. Perkahwinan kami genap 10 tahun semasa percerraian berlaku. Tapi saya mahu fokuskan penceritaan bagaimana saya boleh terjebak dengan perkahwinan scam ini.

Saya mengenali bekas suami daripada ex-bf saya. Bekas suami merupakan bapa angkat ex-bf. Bekas suami ketika itu memang dikenali pandai “merawat” orang, pandai bab bab tarik duit. Saya kerap ikut ex-bf berjumpa dengan so call bapa angkatnya tu.

Ketika itu hubungan saya dengan ex-bf serius, kami sudah planning untuk nikah. Entahlah macam mana, saya disailang oleh bekas suami.

Jangan tanya saya bagaimana ia berlaku sebab saya tak tahu nak terangkan bagaimana. Yang saya pasti, saya jadi tidak suka dengan ex-bf, dan menuruti sahaja kata kata bekas suami pada masa tu.

Selepas menjauhkan diri daripada ex-bf, bekas suami mengajak saya tinggal bersamanya. Dia pada masa itu seorang duda. Ketika itu saya memang menyewa sendirian di KL, ibu bapa saya di Sabah kerana ditugaskan ke sana.

Adik beradik semuanya tinggal di luar KL. Saya turuti sahaja kerana saya tahu bekas suami ketika itu ada menumpangkan seorang lagi wanita di rumahnya dan saya ketika itu tidak mahu ex-bf mengganggu saya.

Hubungan saya dan bekas suami menjadi semakin rapat selepas itu. Saya sangat gilakan dia, sehinggalah akhirnya dia “menyentuh” saya.

Saya memang seorang yang agak bebas dalam pergaulan ketika itu, saya muda dan jauh dari Allah. Tapi, saya ada prinsip yang saya pegang, saya tidak pernah terjebak dengan ziina,

Even dengan ex-bf pun saya tidak pernah disentuh padahal menurut kawan kawan ex-bf saya, ex-bf ni memang kalau dengan perempuan takde yang tidak pernah dia tiduri. Kecuali saya, sehinggalah saya tewas pada bekas suami.

Bekas suami mengatakan perbuatan kami tidak berdosa, kerana dia telah pun menikahi saya secara batin. Mengapa saya boleh jadi bdoh dan percaya?

Kerana sebelum kejadian berlaku, memang saya ada bermimpi dengan jelas dinikahkan dalam satu majlis akad nikah bersaksikan hamba hamba Allah, tapi tiada yang saya kenal. Mimpi itu sungguh jelas, saya ingat hingga sekarang.

Maka bermulalah kehidupan kami sebagai suami dan isteri, sehinggalah saya mengandung anak yang pertama. Even pada ketika ini, ibu bapa saya masih tidak tahu situasi dan status saya. Saya semakin kurang berhubung dengan keluarga.

Hari Raya pun saya setakat berjumpa dengan mereka sekejap di KL, dan saya minta diri kerana saya sibuk alasannya ada kerja perlu disiapkan. Sungguhlah saya berdosa kerana mengecilkan hati mereka.

Bekas suami saya ada mengaturkan akad nikah secara fizikal, selepas saya habis pantang selepas melahirkan anak sulung saya. Saya tak tahu macam mana dia buat, yang pasti dia bayar sindiket.

Kami tidak ke Siam, bekas suami hanya menempah sebuah bilik hotel mewah, dan akad dijalankan di situ. Again, tanpa seorang pun yang saya kenali.

Maka dapatlah kami sijil nikah yang didaftarkan di Kelantan. Ketika itu saya rasa sedih sangat. Tapi saya tidak tahu nak buat apa. Jauh dari keluarga, tak bekerja, ada baby pula.

Saya mula rasa sangat tidak gembira, bila bekas suami asyik menangguhkan pendaftaran sijil lahir anak. Akhirnya cukup 6 bulan, saya sendiri pergi ke JPN dan daftarkan anak saya.

Malangnya, pihak JPN mengeluarkan surat menyatakan sijil nikah saya adalah palsu. Anak saya masih boleh didaftarkan, tetapi dia dibintikan Abdullah. Sedih sangat saya.

Untuk kelahiran anak yang seterusnya, suami saya uruskan semua, which I strongly suspect dia bayar orabg to enable our kids di bin dan bintikan namanya.

Jejak umur anak sulung saya 8 bulan, bekas suami mengajak saya berterus terang dengan ibu dan bapa saya. Saya rasa sangat gembira kerana saya mahu menjalani kehidupan macam orang lain.

Bekas suami did all the explanation to my parents. Hebatnya dia, berjaya dia tundukkan ibu dan bapa saya yang saya sendiri tak berani nak tempuh. Ibu bapa saya menerima perkahwinan kami, apatah lagi melihat saya sudah mempunyai cahaya mata.

Maka hiduplah kami sebagai sebuah keluarga, sehinggalah berlaku pelbagai pertelingkahan mostly sebab saya mula pandai betah kerana saya tidak suka dan tidak yakin dengan aktiviti perbomohannya.

Saya ada ceritakan dalam confession saya yang kedua. Kemuncaknya, saya buat permohonan cerrai.

Tapi disebabkan sijil nikah saya palsu, saya perlu buat pengesahan nikah, yang mengambil masa 6 bulan untuk selesai.

Akhirnya, satu hari sebelum Ramadhan tahun 2016, mahkamah telah meng-farakkan pernikahan kami. Tiada istilah cerrai, tiada talak, tiada iddah. Ia umpama perkahwinan kami tidak wujud.

Saya ada bertanyakan peguam tentang status anak anak saya, diterangkan kepada saya bahawa perkahwinan saya adalah perkahwinan syubhah dan anak anak itu sah tarafnya, kerana saya sangka perkahwinan itu sah tapi sebenarnya tidak sah.

Semasa di hujung hujung keretakan rumah tangga, ada beberapa lagi wanita muda yang tampil berjumpa dengan saya mengadukan hal telah disentuh bekas suami. Semuanya muda muda belaka.

Ada yang saya tahu, kerana saya siasat sendiri, saya berterus terang dengan wanita wanita muda ini yang mereka mungkin dibdohkan, tapi saya pula yang kena marah.

Saya dikatakan cemburu. Jadinya saya ambil keputusan lepas tangan. Ada yang turut dinikahi secara batin dan mempunyai anak.

Setelah berpisah dengan bekas suami, saya berjumpa dengan hamba Allah perawat kerana saya sakit, barulah saya benar benar pasti selama ini, saya dan keluarga saya telah “ditundukkan”.

Selama ini kami semua mahu bersuara, tapi tidak ada kekuatan. Secara simboliknya, belakang saya telah ditanam jarum emas dan diikat benang.

Pergerakan dan pemikiran saya seolah dikawal macam boneka. Pernikahan saya dengannya umpama penipuan semata mata.

Bukan itu sahaja, bekas suami mengikis ibu dan bapa saya sehingga kerugian lebih RM100k, dipujuk untuk keluarkan modal untuk dia kembangkan perniagaan.

Parents saya menurut sahaja tanpa bantahan, padahal kalau ikutkan ibu saya jenis yang sangat berkira tentang duit.

Sepuluh tahun berkahwin, saya boleh kira dengan jari satu tangan berapa kali saya balik menjenguk ibu dan bapa di hometown, menjenguk nenek di kampung jauh sekali.

Saya turuti sahaja bekas suami, tidak diberi izin dengan pelbagai alasan. Tapi mulianya hati ibu dan bapa saya, tetap datang menjengah saya kerana tahu suami tidak beri izin balik. Berdosanya saya Ya Allah.

Para pembaca sekalian, saya yakin, antara sebab saya terjebak dengan sihir dan penganiayaan, adalah kerana silap saya sendiri, jauh dari Allah SWT.

Tetapi Allah sayangkan saya, dan melorongkan saya ke pintu pintu taubat melalui perkahwinan dan penipuan ini.

Semakin dekat saya dengan Nya, semakin terbuka hijab penipuan yang saya alami, kebenaran terbuka sikit demi sikit, hinggalah saya dapat kekuatan untuk bangun lepaskan diri dan pertahankan maruah dan diri.

Orang yang berada di bawah pengaruh sihir penunduk memang susah untuk melepaskan diri, dan kadang mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan.

Sekiranya anda ada saudara perempuan, duduk berjauhan dari keluarga, pantaulah. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, bagaimana masa mereka dihabiskan.

Untuk wanita wanita di luar sana, janganlah buat apa yang Allah tak suka dan buatlah apa yang Allah suruh.

Hanya dengan berada dekat dengan Allah SWT, diri kita terlindung dari musibah musibah yang mengaibkan dan merugikan diri, Insyaallah sentiasalah mohon perlindungan dari Allah kerana dialah sebaik baik pelindung.

Para pembaca yang saya kasihi, mohon titipkan doa kepada saya untuk diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk mengemudi kehidupan membesarkan anak anak saya.

Saya juga mendoakan agar para pembaca sekalian diberi kemudahan dalam menjalani kehidupan dunia akhirat.

Reaksi Warganet

Nora Osman –
Bermaharajalela lah si bomoh yang perdaya ramai wanita tu. Entah berapa anak benih dia yabg hidup.

MasyaAllah berdamping dengan syaiitan hingga terlalu yakin dia takkan mati. Allahuakbar..

Xidi Nurhidayah –
Kakak kawan saya pernah hilang ikut lelaki. Kami percaya dia juga disihir. Macam mana mereka kenal tak pasti.

Mula mula dia tak peduli pada rumahtangga dan anak anak. 1 hari dia keluar tengsh malam tak balik balik. Berbulan bulan.

Dapat jejak guna bomoh jugak sebab masa tu internet tak macam sekarang. Beliau asal Kelantan dah sampai ke Thai.

Pendek cerita bomoh lawan bomoh dan sihir tu dapat dipecahkan. Kakak tu dapat larikan diri dan pergi ke balai polis sana.

Mujur ada poster beliau di balai tu sebab beliau lari sehelai sepinggang malah tak ingat nama. Polis Thai hubungi polis Msia Kelantan dan kakak tu dapat pulang pada family dalam keadaan celaru, kusit masai, kurus dab hilang ingatan.

Keluar rumah baca ayat kursi. Itu je nak cakap. Sihir dan pukau ni jangan dibuat main.

Hattee Sesuka –
1. Semoga TT dilindungi Allah sentiasa. Aamiin.

2. Nasihat TT memang bagus agar kita berhati hati.

3. Penyihir/penganiaya merasa hebat agaknya. Adakah dia tidak beriman kepada hari pembalasan?

Agak agak sisa umur tinggal berapa lama lagi? Alam sebelah sana adalah infiniti. Mati itu benar.

Sumber – Kamariah Abidin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*