Suami hensem, pelik boleh kawin dgn aku yg gemuk hitam. Sejak 4 tahun lps, kata2 suami buat aku terasa sgt. Menusuk hati

Foto sekadar hiasan

Aku Bukan Isteri Sempurna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku rasa terpanggil untuk sekadar meluahkan rasa dan bebanan emosi setelah sekian lama hanya menjadi silent reader.

Nama ku Atiqah. Berumur awal 40an. Berkahwin dan usia perkahwinan ku hampir mencecah 13 tahun.

Dikurniakan anak anak yang baik dan sihat. Mempunyai kerjaya yang baik di sektor kerajaan. Alhamdulillah diatas kurniaan rezeki ini.

Nampak macam bahagia bila mana usia perkahwinan hampir 13 tahun. Ada kerjaya dan ada anak anak yang sihat.

Tetapi jauh di sudut hati ku, hanya aku dan Allah saja mengetahui hakikat dan keperitan emosi aku alami.

Aku bertemu jodoh dengan suami aku kerana bekerja di kementerian yang sama.

Dijadikan cerita suami ku mempunyai paras rupa yang elok dan dalam kategori handsome. Dengan susuk badan yang tegap, tinggi dan berkulit cerah.

Aku pula sebaliknya. Pendek, gemuk, hidung kemek dan berkulit gelap. Aku pun tak tahu macamana suamiku boleh terpikat dan berkahwin dengan aku.

Dipendekkan cerita pada awal perkahwinan kami dulu, suamiku pernah kantoi curang. Dia bermain cinta dengan bekas kekasihnya.

Untuk makluman, semua bekas kekasih suamiku semuanya cantik cantik belaka. Paras rupa elok dan fizikal yang slim dan tinggi.

Waktu suamiku curang tu, aku mengandung anak pertama. Hampir nak bercerrai juga lah waktu tu tapi dia merayu memohon maaf.

Aku pun bagi peluang kedua untuk dia berubah. Dan Alhamdulillah dia berubah.

Cuma semenjak 4 tahun kebelakangan ini, semenjak kami PJJ (perkahwinan jarak jauh) mulut dia semakin berbisa.

Di awal perkahwinan dulu dia tak pernah nak mengutuk kekurangan fizikal aku. Tapi semakin hari semakin pedas pula kutukan dan hinaan.

Untuk pengetahuan semua, dia ditugaskan berkhidmat di salah satu negeri di pantai timur. Aku dan anak anak duduk di selatan. Setiap hujung bulan dia akan balik berjumpa aku dan anak anak.

Setiap kali dia balik ke rumah, mesti akan ada benda dia tidak berpuas hati. Aku masak dia complain masakan masin, terlebih itu terlebih ini. Aku tak masak dia tarik muka merajuk.

Bukan itu saja, cara aku menjaga anak pun dia complain. Aku terlampau manjakan anak. Bagi makan itu makan ini. Semua dia bebelkan.

Itu belum lagi dia di depan anak anak mengutuk hidung aku kemek, badan aku gemuk. Sampaikan anak bongsu aku pun sekarang dah pandai meniru ayat papa dia “ehh mama ni gemok la”.

Aku jadi low self esteem. Sudahlah zaman kanak kanak aku pun aku teruk kena body shaming dan kena kutuk oleh adik beradik aku.

Sampaikan adik beradik aku cakap aku anak angkat disebabkan kekurangan fizikal aku.

Abang abang aku siap kata aku anak Afrika disebabkan fizikal aku berbeza dari adik beradik yang lain.

Dengan rambut keriting, kulit gelap dan hidung kemek, sedangkan yang lain cerah dan berhidung mancung.

Syukur lah emak dan bapa aku selalu memujuk dan memuji. At least, terbit rasa bahagia di dalam hati dan rasa disayangi walaupun adik beradik selalu mengutuk dan mencaci.

Kesan cacian dari kecil itu rupanya berbekas juga di hati ini. Memang tidak dinafikan air dicincang tak kan putus. Macamana dicaci dihina pun tetap juga sayang adik beradik. Cumanya berbekas di hati, ada parut.

Aku menjadi rasa rendah diri dan sehingga sekarang aku rasa malu nak bergaul dengan jiran atau orang lain.

Kawan kawan aku pun boleh aku kira berapa orang sahaja. Aku jadi tertutup. Tidak gemar beramah mesra.

Aku ingatkan cacian dan hinaan itu sewaktu aku kecil saja. Rupanya benda itu berulang lagi. Sekarang ni, aku dihina oleh suamiku pula.

Pernah juga aku bergaduh bermasam muka dan pernah slow talk berbicara dari hati ke hati dengan suamiku.

Aku pernah utarakan hal menghina fizikal aku ni. Dan dia minta maaf. Tapi itulah, dia lupa atau buat buat lupa. Dia ulang lagi dan lagi.

Dijadikan cerita baru baru ini, dia ditugaskan sementara selama dua bulan di negeri tempat aku dan anak anak ku.

Jadi selama dua bulan ini juga, emosi aku jadi tidak tenteram.

Ada saja kutukan dan ada saja yang tidak kena di matanya. Sampaikan gaya tudung aku pun dia boleh complain.

Asyik gaya tudung sama jer dari dulu tak pernah nak bergaya lilit shawl ker. Dahlah muka tak cantik, bergaya la sikit. Zuppp terasa terus dekat hati aku ni. Pilu beb. Bertakung air mata.

Terus aku berkata dalam hati, elok lagi dia duduk jauh. Aku tak sakit hati. Duduk dekat aku jadi sakit hati, kecewa dan sedih.

Selama 2 bulan inilah, aku tebalkan telinga aku. Tabahkan hati. Itu belum lagi dia mengutuk masakan aku hari hari. Tapi makan elok jer bertambah dua pinggan.

Kadang rasa lali dah dengan kata kata negative dari mulut dia. Tak pernah semenjak 4 tahun kebelakangan ini dia mengungkap kata kata pujian. Di awal perkahwinan dulu jer pernah.

Nak kata dia curang lagi, macam tak. Sebab telefon dia memang tak ada password. Telefon pun senyap tak berbunyi dan tak ada whatsapp pelik. Ada pun mesej berkaitan kerja.

Tapi tak tahu la kalau dia ada phone lain. Tak tahu la malas dah nak ambik tahu. Biarlah kalau dia mampu, dia teruskan kalau dia nak ada isteri bharu yang cantik fizikalnya.

Sekarang ini, aku cuma berharap hati ini semoga dapat bertahan lagi.

No wonder la, ramai yang bercerrai walaupun usia perkahwinan masuk tahun ke 15, 20, 25 dan 30. Disebabkan hal macam ini.

Hal kecil seperti suka complain, suka mengutuk. Ada sesetengah kes pula masakan dan makanan ikut selera tekak suami jer. Selera si isteri, kemahuan isteri diketepikan.

Bagi orang mungkin nampak small matter. Tapi dari small matter ini la lama lama akan menjadi satu bom dan meletup.

Doakan yer semoga aku bertabah dan semoga suamiku boleh berubah. Rasa lega dapat meluahkan apa yang terpendam di hati ini sekian lama.

Semoga kita semua akan diberikan kebahagian di dunia dan akhirat. Aamiin..

Si hidung kemek, Atiqah

Reaksi Warganet

Nurul Safinaz Anuar –
Andai pasangan saya nanti seperti suami puan, saya undur diri terus jer.

Saya daripada kecil dihina / kena body shaming oleh orang-orang sekeliling, tak ada siapa pun yang datang pujuk.

Yang hodoh ni juga yang nampak jahat tapi senang kena pijak. Selalu saya difitnah benda yang saya tak pernah buat.

Tak larat dah, dah tua ni kita nak hidup tenang tenang je. Bila jumpa orang yang suka menghina ni, silalah lari jauh jauh.

Izzati Nur –
Dekat sekolah, kalau saya dengar pelajar mengata, saya jawab “hitam hitam Tu, sape yang color, sape yang jadikan??”

Pandai pulak jawab, “Allah. So, Kalo awak kutuk dia, awak kutuk ciptaan Allah…”

Saya doakan sis diberikan kebijaksanaan untuk handle situasi ini yer.

Eda Sharip –
Saya suka wanita yang menjaga diri, jaga penampilan. Ada je yang berbadan besar dan paras rupa biasa biasa tapi tetap anggun dengan penampilan dan gaya.

Meletakkan mereka dikelas yang tersendiri berbanding wanita yang ada paras rupa dan bentuk badan yang cantik, kerjaya bukan biasa biasa tapi pembawakan diri macam makcik makcik.

Ubahlah diri, ada banyak je kursus available.. Make over.

Letakkan diri pada kelas tersendiri.

Insyirah Soleha –
Kak Atiqah, its okay kalau semua orang rasa kita tak lawa as long as kita hargai diri kita sendiri.

Akak boleh mula dengan cut sugar and salt, insyaAllah kulit akak akan mula glowing dan berat badan akan slowly turun.

Trust me! Sebab saya pun buat macam tu.

Fizikal lawa ke tidak ni depend mata masing masing, tapi semua Allah cipta elok kan.

Even kalau ada kekurangan fizikal macam sumbing ke jongang ke kaki pendek sebelah, semua tu tak mengurangkan nilai diri kita.

Wajah yang cantik, perlukan maintenance.
Hati yang cantik, pun perlukan maintenance.

Tapi bezanya maintenance hati yang cantik ni automatik buat wajah jadi cantik.

Gemuk pun mungkin faktor usia, metabolisma badan makin berkurang, makan tak banyak pun berat naik juga kan.

So akak boleh la setiap hari berjalan at least 6 ribu langkah, tak perlu guna lift di pejabat akak guna tangga je. Fit insyaAllah.

Kalau berat tak turun pun akan ada inchloss. Then slowly akak buat sampai jadi 10 ribu steps setiap hati.

Bila banyak berjalan, badan berpeluh dan kulit glowing. InsyaAllah inchloss dan akak akan lawa.

Buat untuk diri akak. Ini semua self care for self love.

Good luck kak atiqah yang baik hati.

Nurell Is –
Puan, jangan bahasakan diri si hidung kemek. Jangan ulang banyak banyak kali pada diri.

Setiap orang sudah sempurna dan cantik mengikut aturan Allah. Jangan tambah luka di hati puan.

Biarlah kalau suami tak menghargai. Puan dah try bercakap dengan dia kan? Nampak macam di ulang lagi.

Puan pun nampak dah pasrah sampai sanggup kalau suami nak cari yang lain. Apa lagi yang tinggal pada kita kalau bukan pengharapan pada Allah.

Puan bangun malam, mohon pada Allah. Doa di saat tahajud sangat powerful. Orang yang bangun solat malam hidupnya dalam jaminan Allah.

Mintalah Allah beri yang terbaik pada puan. Minta apa yang terbaik buat perkahwinan puan. Tajdid niat, buat semuanya hanya untuk redha Allah.

In shaa Allah, Allah akan beri jalan keluar yang terbaik.

Salam sayang dari saya buat puan. Semoga Allah mengangkat dan memakbulkan setiap doa serta menghilangkan segala derita jiwa.

Sumber – Atiqah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*