Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Guna ‘Pressure Cooker’

Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Guna ‘Pressure Cooker’

Sardin sememangnya salah satu lauk popular terutamanya bagi yang ingin berjimat. Tetapi, ramai yang mungkin tak tahu sebenarnya hidangan ini boleh dibuat sendiri dan pembuatannya juga mudah.

Selain menggunakan ikan sardin, boleh juga mengunakan makerel dan ikan tamban. Jimat, mudah, bersih dan halal kerana air tangan sendiri. Bukan itu saja, resepi ini juga jauh lebih fresh.

Jom kita sama-sama mencuba resipi sardin homemade yang dikongsikan sendiri oleh Norlela Abdul Lahak ini.

RESIPI SARDIN HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Ikan (2kg)
  • Tomato puri (1 tin)
  • Cili kisar (2 senduk)
  • Bawang kisar (2 senduk)
  • Air asam jawa (1 cawan)
  • Sos cili (1 botol)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cuka
  • Minyak (untuk menumis)

Cara membuatnya:

1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.

2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.

3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.

4. Masak kira-kira dalam 60 minit, Tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.

Bagi yang tidak ingin menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama 3 sehingga 4 jam.

Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.

Untuk resipi ini, ia dapat menghasilkan sebanyak 5 bekas bagi ikan seberat 2kg. Selamat mencuba!

sumber: Myresipi

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*