Resepi Bebola Donut Hanya Guna 3 Bahan, Confirm Sekejap Saja Habis Makan!

Namun tak perlu risau. Mak-mak boleh cuba resipi bebola donut 3 bahan yang serba mudah dan sedap daripada Noratiqah Nordin. Lembut, sedap dan cepat.

Makanan kudap-kudapan untuk anak-anak, memang boleh kadang-kadang boleh memeningkan kepala. Tak perlu uli, tak perlu canai, guna piping beg dan gunting terus masuk dalam kuali. Goreng, gaul dengan gula, dah siap.

CARA BUAT BEBOLA DONUT 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250g tepung gandum (saya pakai lili warna hijau)
  • 300g susu segar
  • 1 paket yis

CARA-CARA:

1. Masukkan yis ke dalam susu. Gaul hingga tak ada nampak serbuk yis.

2. Masukkan tepung. Gaul hingga sekata semua. Tutup dengan plastik. Biarkan selama sejam.

3. Doh akan jadi kembang berganda. Gaul untuk buang anginnya.

4. Ambil piping beg dan letak minyak, supaya adunan tak melekat dekat plastik.

5. Ini caranya (rujuk video di bawah). Mudah saja. Tak perlu uli-uli. Kalau tak ada piping bag, pakai saja plastik apa-apa dan gunting hujung plastik.

6. Dah siap masak. Gaul dengan gula atau apa-apa yang disukai.

Kredit resipi: Noratiqah Nordin

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*