
Muffin Coklat Ala Kenny Rogers Yang Cukup Sedap, Rangup Diluar Dan Lembut Didalam.
Pernah tak anda semua cuba muffin coklat ala Kenny Rogers? Kali ini tak perlu makan dan beli diluar lagi, anda boleh menyediakannya secara homemade sambil menikmati keenakan muffin coklat ala Kenny Rogers yang cukup sedap.
Teksturnya cukup rangup diluar dan lembut didalam. Jika anda seorang penggemar muffin Kenny Rogers, anda harus mencuba resepi ini. Cara penyediaannya sangatlah mudah. Bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah susah diperolehi.
Musim sekolah macam ni, semua ibu-ibu pasti buntu idea masakan dan kudapan apa yang perlu disediakan buat anak-anak. Negara kita pula tengah bertarung dengan covid-19, jadi tidak sesuai bagi anda semua keluar rumah bersama anak-anak.
Apa kata anda semua mencuba resepi muffin coklat ala Kenny Rogers yang sangat sedap ini. Buat sendiri pasti lebih puas hati. Boleh ajak anak-anak sekali masak didapur. Ambil peluang begembira dengan anak-anak.
Resepi muffin coklat ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Zaimah Zakaria. Hasil perkongsiannya, rata-rata pengemar muffin coklat meninggalkan komen “share” dan ucapan terima kasih atas perkongsian.
MUFFIN COKLAT ALA KENNY ROGERS
Muffin juga boleh diperlbagaikan rasanya contohnya muffin vanilla yang menggunakan esen vanilla dan juga susu segar. Masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Jom lihat cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cwn tpg gandum*
- 1 cwn serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking powder*
- 1 sudu kecil soda bikarbonat*
- 1 sudu kecil garam*
- 2 cwn gula/ guna 1 1/2 cwn untuk kurangkan manis
- 2 biji telur gred A
- 2 cwn fresh milk
- 1 cwn minyak masak
CARA PENYEDIAAN MUFFIN COKLAT :
1. Ayak bahan-bahan yang bertanda * . Kemudian, ketepikan.
2. Campurkan telur, susu, gula dan minyak masak. Kacau semuanya sehingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi. Kacau sampai tak ada yang berketul-ketul.
4. Masukkan adunan muffin dalam paper cup. Masukkan 3/4 saja dan taburkan coklat cip dan almond nip dibahagian atasnya.
5. Bakar pada suhu 200C api atas dan bawah, selama 20 minit. Siap!
Siap untuk dihidang buat anak-anak. Nak makan panas atau sejuk pun masih sedap dan tetap mengekalkan tekstur rangup diluar dan lembut didalam. Lepas ni tak perlu beli kat luar lagi, buat sendiri lebih puas hati dan jimat.
Topping boleh diperlbagaikan ikut citarasa masing-masing. Anda boleh juga menggunakan air fryer dalam penyediaan muffin ini. Mesti seronok anak-anak dapat makan muffin waktu petang.
Nak buatnya tak susah mana pun. Semoga resepi muffin coklat ala Kenny Rogers ini bermanfaat buat anda semua. Jangan lupa share, kalau nak cari resepi lain lagi, boleh masuk ke blog kongsi resepi. Selamat mencuba!
Leave a Reply