Mesti Cuba Resipi Kuih Lompat Tikam! Simple Tapi Tetap Sedap

Kebiasaannya, kuih lompat tikam ni popular waktu bulan Ramadan. Tetapi sekarang ni, bila-bila masa saja boleh beli di kedai dan menikmatinya dengan enak. Kalau nak buat sendiri pun senang saja kuih tradisional Kelantan ini. Jom kita cuba dengan resipi yang dikongsi Izamani Ismail.

KUIH LOMPAT TIKAM

UNTUK WARNA HIJAU:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air (2 cawan air + 1 cawan air daun pandan)
  • Sedikit pewarna hijau pandan
  • Sedikit air kapur

Masukkan bahan dalam kuali. Kacau sebati, buka api sederhana dan kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Bila siap, masukkan dalam loyang atau bekas.

UNTUK KEPALA SANTAN:

  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Sedikit garam

CARA-CARA:

Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.

UNTUK PULUT MERAH:

  • 1 cawan beras pulut
  • Sedikit pewarna merah
  • Santan cair

CARA-CARA:

Basuh beras pulut bersih-bersih, rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit. Toskan beras pulut. Masukkan beras pulut dalam acuan bersama dengan santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam. Kukus sehingga masak.

UNTUK AIR NISE:

  • 2 keping nise/gula melaka
  • 1 cawan air
  • Sehelai daun pandan

CARA-CARA:

Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

*Bila nak makan, letakkan bahagian pulut dahulu, kemudian diikuti dengan bahagian hijau dan letak bahagian putih (kepala santan). Akhir sekali, tuangkan air nise.

Sumber: Izamani Ismail

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*