Membaja Pokok Kari Dalam Pasu Agar Berdaun Lebat, Wanita Ni Kongsi Petuanya!

Membaja Pokok Kari Dalam Pasu Agar Berdaun Lebat, Wanita Ni Kongsi Caranya!

Daun kari sememangnya menjadi elemen penting jika menyediakan masakan kari untuk keluarga. Dan alangkah mudahnya jika daun kari tersebut hanya dipetik di laman rumah setiap kali ingin digunakan.

Pun begitu andai anda sekeluarga adalah penggemar masakan kari, tentunya mahukan pokok kari yang ditanam berdaun lebat.

Ada beberapa petua boleh dilakukan tanpa menggunakan modal. Contohnya seperti menyiram tanaman dengan air basuhan beras.Cara ini dikatakan berkesan dan ada lagi satu petua lain juga boleh dipraktikkan.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini hingga menjadikan pokok kari yang ditanam di dalam pasu berdaun lebat dan hidup subur.

Nak tahu caranya, jom kita baca perkongsian membaca pokok kari dalam pasu daripada wanita ini.

“Ni cara saya membaja pokok kari saya di dalam pasu. Menggunakan perut ikan. Juga boleh buat pada pokok2 lain juga.”

1. Ambil perut isi ikan.

2. Korek tanah dalam sedikit dan tanamkan isi perut ikan tadi.

3. Timbus perut ikan dengan tanah dan pastikan tertutup sempurna. Ini penting untuk elakkan berbau.

Sudah siap. Biarkan sahaja dan siram seperti biasa, dengan sedirinya perut ikan tersebut menjadi baja untuk pokok kari ini.

Sumber : Hanura Zura via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*