
Foto sekadar hiasan
Mata Hasad Yang Membinasakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa perlu buat jika dapat mak mertua dan adik beradik ipar yang berlebihan dalam berbelanja sedangkan isteri sendiri pun cuba sedaya upaya ikat perut makan ala kadar supaya tak membazir?
Ceritanya seperti ini, saya sekeluarga tinggal luar negeri dari negeri keluarga mertua jadi keluarga mertua jarang ke rumah saya. Ibarat satu di utara satu di selatan.
Kebetulan hari anugerah anak saya, saya menjemput mereka datang ke rumah dan saya tidak menyangka mengundang mereka dengan mata iri hati melihat perabot di rumah saya.
Kalau nak diikutkan kedatangan mereka 2-3 tahun lepas rumah kosong sahaja tanpa perabot.
Sejurus mereka pulang, mereka meminta sejumlah wang rm5000 dari suami saya untuk membeli perabot. Suami saya cop duit mungkin!
Di rumah saya mempunyai kabinet tv yang dibeli setelah 6 tahun berpindah ke rumah ini. Selama tinggal di sini kami menggunakan papan ikea sekadar untuk meletakkan electric devices yang melekat pada tv.
Idea saya untuk berjimat dan tak plan untuk membeli cabinet tv lagi setelah berpindah masuk.
Untuk pengetahuan semua walupun perabot tu nampak mahal dan dilihat dalam keadaan hasad tu berharga RM900 dibeli dari china (shoppee) sampai dalam masa 3 bulan tanpa siap dipasang!
Disebabkan husband saya bekerja jauh, dibeli semasa PKP 2020 jadi saya yang memasang sendiri perabot tersebut dan memgambil masa 5jam untuk dipasang.
Perabut tu bukan ringan ya tuan puan. Sehingga 2 orang lelaki (courier) terpaksa mengangkat masuk ke dalam rumah dan mereka terkejut betapa beratnya perabut tersebut.
Perihal keluarga mertua dan adik ipar, bila dijemput ke rumah lain pula yang jadi.
Yang mereka nampak kak ipar bermewah mewahan dengan harta suami.
Yang mereka tak nampak, strugglenya ibu dan isteri menjaga anak dan rumah selama 6 bulan suami tiada di rumah. Sayalah ibu sayalah ayah. Tanpa pertolongan sesiapa, saya tanggung sendiri.
Tambahan keluarga saya sendiri tinggal di luar negeri. Suami saya bekerja kali ini, saya cuba sebaik mungkin untuk tidak membazir supaya husband saya boleh balik ke Malaysia dan bercuti lebih dari 3 bulan dengan tenang.
Berbanding cuti suami yang lepas, suami saya bercuti tidak sampai 2 bulan atas faktor kerja. Tapi pada saya sebab duit.
Mereka tanpa segan silu meminta wang sejumlah itu yang merananya saya dan anak bercuti dengan suami dalam masa yang singkat kemudian berjauhan semula dalam jangka masa yang lama.
Secara jujurnya saya penat hadap semua ini seorang diri. Buat semua benda seorang diri.
If they are at my place least at my son’s place where are their humanity when they can enjoy my husband’s money while my kid and me juggling the deepest feeling want a husband and dad to be home with us for a quite sometime?
Memang kerja husband cari duit dan diperhabiskan oleh ‘kami’ saja ke??
Terbinasa dengan mata hasad, AM
Reaksi Warganet
Nur Atikah –
Sape suruh bagi, sape suruh lembik, sape suruh tak melawan. Orang orang macam ni takleh bagi muka.
Kalau duit berlambak, takde la kot berkira sangat. Orang nampak kita banyak duit, kerja itu ini, orang taktahu komitmen, susah ke apa. Bercatu ke bulan ni, bulan depan okay ke.
Yang tahu bila kita bercuti, senang senang soksek macam macam. Itu dengki busuk hati namanya. Time susah takde pulak tanya khabar
Suez Mohd –
Yang orang tak faham.. nampak cantik mahal sebab kita pandai pilih barang, pandai jaga.
Kalau jenis tak jaga barang, beli la apapun, cepat je nampak rosak/tak berkualiti.
Apa pun, kena cek jugak suami ada bagi duit tak dekat mak ayah. Kalau tak hulur langsung, terasa juga orang tua.
Jangan la anak lelaki lupakan duit saku mak ayah (walau sikit) lepas kawen. Bulan bulab tak bagi, jarang jumpa pun tak selit duit… Alih alih pegi rumah, semua barang mewah. Ada la tu memana yang terasa.
Nur Asmihan –
Maaf bila saya baca cerita ni saya rasa puan yang terlebih sentap. Bagi saya ape salahnya mak ayah nak mintak duit anak sikit.
Berapa banyak mereka dah korbankan untuk besarkan suami puan tu. Dorang pun mintak dari anak dia bukan dari puan.
Kalau suami puan mampu bagi ape salahnya. Klau tak mampu cakap la dekat mak ayah tu elok elok bagitau tak mampu bagi banyak tu…
Dari cerita puan ni macam puan expect semua gaji suami puan yang dapat enjoy kan. Pengorbanan puan jaga anak anak je yang puan nampak pengorbanan mak ayah mentua besarkan suami puan tak nampak pulak ye
Siti Hazwani –
Isteri dan anak anak memang tanggungjawab suami, tapi bayangkan la suami lepas dapat kerja dan kahwin. Entah dia tunaikan tak tanggungjawab dekat keluarga dia jugak?
Lepas tu kalau dia meninggal, dapat faraid dekat keluarga belah dia, dah isteri mesti juga minta kalau boleh nak semua sebab kena tanggung anak anak kan.
So bila masanya suami tu dapat berbakti pada tanggungjawab2 dia yang lain esp mak ayah dia.
Cuba tengok suami pernah hulur duit tak dekat orang tua dia. Mungkin juga tak pernah sebab tu keluar ayat nak beli perabot juga.
So mengalah lah sikit. Bagitau je 5ribu tu tak mampu, bagi 1k boleh lah. Cuba topup dengan anak anak lain pula ke.
You all pun ada anak kecik. Cuba cakap elok elok. Kadang kadang orang tua tu nak test anak dia ingat tak dekat mak ayah dia je..
Anne Marad –
Tak tau nk komen ape. Pesanan untuk diri sendiri je la
1. simpan la duit sendiri sampi tua nanti tak perlu susahkan anak menantu..
2. please consider diri kita as outsider dalam keluarga adik beradik kita. Usah datang rumah adik beradik pastuh buat macam rumah sendiri, kalo dulu boleh, mungkin wife/husband dia tak selesa..
3. Once adik beradik dah kawen, diorang dah ada kehidupan sendiri. Draw the lines. Jangan cakap main lepas je, mungkin their husband/wife tak suka.
Duit adik beradik, up to them how to spend. Tak payah nak sentap2 bagai. Pengorbanan husband/wife dia, kita tak tau..
Sumber – AM (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Leave a Reply