Ini Resepi Mudah Buat Kuih Masala Vadai, Rasa Sedap Sama Macam Beli Dekat Kedai!

Ini Resepi Mudah Buat Kuih Masala Vadai, Rasa Sedap Sama Macam Beli Dekat Kedai!

Ada ke peminat Masala Vadai dekat sini? Tapi ada juga yang panggil Masa Lodeh. Tidak kiralah apa nama yang anda berikan, kuih ini antara yang menjadi favourite dan teringin untuk buat sendiri.

Bila buat sendiri walaupun rupa mungkin tak sama dengan di kedai, tapi lagi puas hati kan kalau masak sendiri. Kita boleh nak lebihkan bahan tertentu dan juga adjust biar kena dengan tekak sendiri.

Jom ikut resipi dan step-by-step daripada Ekin Razman ini. Nampak masala vadai yang dibuat sangat sedap dan gemuk-gemuk.

MASALA VADAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gram kacang dhal | rendam semalaman dan dikisar
  • 2 biji bawang besar | potong dadu
  • 10 helai cili kering | dihiris halus
  • 10 biji cili padi | dihiris halus
  • 10 tangkai daun kari | dihiris halus
  • 2 sudu besar jintan manis | tumbuk sikit bagi bau wangi
  • 1 sudu garam

*Tips untuk kacang dhal:

1. Rendam semalam dengan air dan tapis hingga kering.
2. Asingkan sikit yang belum dikisar untuk dapat effect kacang dhal yang kasar sebiji-sebiji macam dalam gambar.

3. Kisar kacang dhal guna pengisar kering. Kalau terlalu berair, susah untuk dibentukkan.

CARA MENYEDIAKAN:

1.Masukkan semua bahan di atas ke dalam satu bekas. Masukkan juga kacang dhal yang belum dikisar. Gaul sehingga semuanya sebati.

2.Setelah semuanya sekata, ambil adunan dan bentukkan mengikut saiz yang dikehendaki.

3.Panaskan minyak. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

4.Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

Kredit resipi: Ekin Razman

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*