Ini Cara Mudah Cuci Kain Lap Dapur, Tak Payah Rendam Atau Sental. Kain Jadi Bersih Dan Wangi!

Ini Cara Mudah Cuci Kain Lap Dapur, Tak Payah Rendam Atau Sental. Kain Jadi Bersih Dan Wangi!

Sebenarnya kain lap dapur antara barang yang kotor dan banyak kuman di rumah. Maklumlah fungsi mengelap kotoran, tumpahan dan sisa masakan di dapur.

Sebab itu untuk membasuh kain lap dapur ini kena guna betul caranya, barulah semua kotoran ini hilang. Dikongsi oleh Ellie Haji Darus yang juga guru kelas masakan, ini cara mudah yang boleh kita dipraktikkan untuk mencuci kain lap dapur.

Kain ini pula ada yang dibiarkan berhari- hari tanpa dibasuh menyebabkan kotoran melekat dan ada bau masam yang sukar dihilangkan. Dah sental pun belum tentu hilang.

Kaedah ini tak memerlukan kita merendam atau memberus kain lap yang kotor namun hasilnya kain bersih dan bau pun hilang. Senangkan…

Cara cuci kain lap dapur

Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap, yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!

Biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, buh sabun dan air… biar rendam semalaman. Kadang-kadang jadi bermalam-malam sampai berbau dan berlendir.

Ini cara Ellie cuci kain lap.

1. Sedia kan sebiji periuk (kalau boleh sediakan periuk khas jika basuh setiap hari, eli di kedai Eco pun bole).

2. Masukkan air dan sabun pencuci (sabun serbuk) kemudian tambah sedikit baking soda. Kacau supaya bahan larut.

3. Rebus air atau dapur dan masukkan kain lap. Rebus selama 10 minit.

4. Selepas 10 minit, tutup api dan curah air dalam singki.

5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus manja-manja saja cukup.

6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila dah kering kain memang bersih dan wangi.

Boleh juga tonton video DIY Ellie seperti di bawah;

Ini Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur

Selamat mencuba!

Sumber :  Ellie Haji Darus / Vanillakismis

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*