Ini Cara Buat Sambal Nasi Impit Kelantan, Pelengkap Nasi Impit Dan Nasi Dagang. Sedap!

Sambal Kelapa atau juga dikenali dengan nama Sambal Nasi Impit @ Sambal Nyor Nasi Kapit memang sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Kelantan. Sesuai dengan Namanya sebagai Sambal Nasi Impit, ia biasanya dimakan bersama nasi impit dan juga Nasi Dagang. Lemak-lemak masin dan sedikit manis, emmang enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suhada Azid ni. Pasti puas hati.

CARA BUAT SAMBAL KELAPA @ SAMBAL NASI IMPIT KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan selayang@kembong
  • 1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk

BAHAN TUMBUK:

  • 3 biji bawang merah
  • 1/4 inci halia
  • 2 batang serai – dihiris nipis
  • 1 keping gula melaka – tumbuk
  • 1/2 sudu gula
  • 1/2 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

1. Rebus ikan dengan 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dengan air separas ikan. (Panggang pun boleh)

2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air supaya tidak berbau hanyir.

3. Tumbuk kelapa sangai bersama dengan gula melaka. Ketepikan.

4.Tumbuk pula bawang merah, halia dan serai.

5. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yang sudah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka tadi.

6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing.

7.Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suhada Azid

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*