
Menurut Nur Rahmat Zainal, 23, setiap kerjaya ada cab4rannya yang tersendiri, namun dia cek4l berhadapan suka-duka demi mencari sesuap rezeki.
Kata Rahmat, bekerja sebagai pemandu lori ada cab4rannya yang tersendiri.
Berbeza 360 darjah. Begitulah yang diungkapkan bekas posmen ini apabila bercerita mengenai kerjaya baharunya sebagai pemandu lori kontena.
“Kebiasaannya saya bawa lori 14 tayar ataupun 16 tayar. Dari segi barang yang dibawa pula, ia bercampur-campur. Plastik, coklat, barang-barang besi pun ada mengikut kilang-kilang tertentu.
Mesra disapa Rahmat, dia yang menetap di Tanjung Karang, Selangor berkata, sifat berani perlu ada dalam diri individu yang mahu bergelar sebagai pemandu lori.
“Sebelum ini saya bekerja sebagai posmen dalam tiga tahun. Kemudian saya mula bawa lori pada tahun 2020. Minat untuk bawa lori dah lama ada. Kebetulan, dalam keluarga saya ramai yang bawa lori. Ayah, abang dan bapa saudara saya merupakan pemandu lori.
Jelasnya lagi, kehidupan normal juga terpaksa dik0rbankan apabila banyak masanya dihabiskan di dalam kenderaan berkenaan.
“Pekerjaan ini sudah tentu jauh berbeza dengan kerja lama. Dulu bawa motor sebagai posmen, kemudian terus bawa lori kontena. Banyak ris1ko dalam bidang kerja ini,” ujarnya.
“Kalau tak berani, jangan bawa lori. Yang penting kena sentiasa berhati-hati dan fokus. Hanya doa ibu yang sentiasa mengiringi perjalanan ini.
Video:
“Kerja ni sus4h nak balik rumah. Biasanya saya mula kerja seawal 8 pagi, dah habis perjalanan tu, belum tentu boleh balik awal. Pernah juga sampai awal pagi baru balik.
“Tapi paling penting sekali, jangan pernah malu dengan pekerjaan kita,” ujar anak keempat daripada sembilan beradik itu.
“Orang selalu tanya dan ada tanggapan bahawa kerja ini gajinya besar, tapi mereka tak nak tanya ke kami kerja macam mana? Habis pvkulberapa? Kalau sibuk kerja, kadang-kadang tidur dua ke tiga jam saja.
Disamping meneruskan rutin kerjanya seperti biasa, Rahmat turut berkongsi realiti yang dihadapinya menerusi bingkisan video di aplikasi TikTok.
“Selain dalam Selangor, saya juga bawa lori sehingga ke Johor, Terengganu, Perak dan banyak lagi.
Lori ni besar, motor dan kereta pula kecil. Sepatutnya yang kecil lebih nampak yang besar.
RAHMAT
“Biasanya saya suka kongsi video di Instagram Story dan status WhatsApp. Kemudian saya kongsi pula di TikTok. Tak sangka akan viral macam ni.
“Ada juga yang komen, mereka bergurau kata nak tumpang lori saya. Yang tanya mengenai pekerjaan ini pun ada,” ujarnya lagi.
Siapa sangka, video-video yang dikongsi meraih perhatian ramai sehingga dia turut dihujani pelbagai pertanyaan mengenai cabang kerjaya itu.
Dalam temubual sama, Rahmat turut menggesa pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan khususnya ketika memandu berdekatan dengan kenderaan berat.
Rahmat turut berkongsi rutin kerjanya menerusi video di TikTok.
“Lori ni besar, motor dan kereta pula kecil. Sepatutnya yang kecil lebih nampak yang besar. Tapi ada dalam kalangan mereka yang tak nak mengalah.
“Lori nak masuk simpang, tolonglah mengalah. Jangan menyelit, jangan potong lori, kemudian brek depan lori. Tolong jangan buat. Lori kalau ada isi berat, ia tak boleh terus brek. Dah brek pun masih berjalan,” pesannya lagi.
“Kepada mat motor, abang-abang kakak yang naik kereta… kalau lalu sebelah lori, berdekatan lori, tolong berhati-hati dan beri laluan.
Sumber: Mstar
Leave a Reply