Banyak Sayur Boleh Tanam Dan Jimat Ruang Ini Cara Tanam Sayur Dalam Cawan Plastik

Banyak Sayur Boleh Tanam Dan Jimat Ruang Ini Cara Tanam Sayur Dalam Cawan Plastik

Teringin tanam sayur tapi duduk di kediaman yang punya laman kecil atau duduk di rumah jenis apartment mahupun kndominium. Ruang tak banyak untuk bercucuk tanam.

Jika nak teruskan hobi ini boleh saja, ikut cara tanam sayur ini. Guna cawan plastik saja. Kalau pandai atur banyak sayur boleh ditanam.

Nak cuba tanam? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ridh Art Lim.

Tanam sayur dalam cawan plastik

1. Sediakan 2 jenis cawan plastik, satu bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil.

2. Tebuk lubang pada penutup cawan besar agar cawan kecil boleh masuk separuh.

3. Masukkan air yg telah dicampur dengan sesudu teh Ajinomoto (sukatan 1 sudu teh Ajinomoto bersama satu liter air.

4. Dalam cawan kecil buat lubang dan masukkan tanah berbaja dicampur cocopeat. Semai anak pokok di dalam cawan kecil.

5. Sebaik-baiknya spray atau cat cawan besar dengan warna hitam agar tidak ditembusi cahaya mentari supaya tak berlumut.

6. Seeloknya apabila akar dah keluar, kurangkan air dalam cawan besar.

Boleh tanam macam-macam sayur kangkung, baby kailan, sawi, salad dan sebagainya. Untuk pokok cili dan terung kena sediakan bekas besar.

Selamat mencuba.

Sumber: Ridh Art Lim

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*