Cara Mudah Tanam Tomato Ceri, 4 Bulan Dah Boleh Petik. Wanita Ni Siap Kongsi Tip Elak Serangga Perosak!

Cara Mudah Tanam Tomato Ceri, 4 Bulan Dah Boleh Petik. Wanita Ni Siap Kongsi Tip Elak Serangga Perosak!

Buah tomato ceri selain dimakan mentah sebagai ulam, kita juga selalu letak dalam masakan. Jadi berbaloi sangat kalau kita tanam. Buah yang merah, comel ini buat kita geram bila nampak subur pada pokok.

Kalau rasa nak cuba tanam tomato ceri ini boleh ikut perkongsian Nur Aida Md Zainuddin ini. Rupanya nak tanam pokok tomato ceri ini mudah sangat. 3 langkah saja, benih pula dari tomato ceri yang kita beli di pasar.

1. Hiris tomato ceri kemudian letak hirisan tomato dalam bekas semaian (saya guna container letak buah tu saja).

2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap ( sedar-sedar dah bercambah mcm dalam gambar selepas 9 hari.

3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan ke tempat yang sesuai. Saya letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.

Dah nampak hasil

INFO

  • Pokok Tomato ceri ini perlu air yang banyak. Jadi siram 2 atau 3 kali sehari kalau tak pokok jadi cepat kering.
  • Dalam masa 4 bulan ni saya tak jaga sangat, siram saja. Sebenarnya 4 bulan tu lambat, sebab lewat alih.
  • Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Tanam bersama pokok tomato ceri ni bawang putih sebab binatang tak
  • suka bau dia, untuk elak bena putih rosak pokok dan daun jadi kecut.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*