Cara Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Tipnya Kena Letak Dua Sudu Bahan Ini

Cara Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Tipnya Kena Letak Dua Sudu Bahan Ini

Antara hidangan yang selalu ada waktu pagi adalah bihun goreng Singapore. Nampak macam putih saja tapi rasanya memang sedap dan pedas.Nak lagi best makan dengan sambal kicap.

Walaupun nampak ringkas tapi sebenar ramai yang tak tahu cara masak bihun Singapore ini. Bagi yang gemar hidangan ini jom buat sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Habeebah Md Daud ini yang diajar oleh ibu mentuanya.

Katanya rahsia supaya bihun Singapore yang dimasak sedap adalah udang kering.

Bahan-bahan

  • Bihun 400gm(rendam dengan air panas 5 minit. Kemudian terus tos)
  • 3-4 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia
  • Udang (dibuang kulit)
  • Daun kucai -potong 4 cm
  • Lobak merah – hiris halus (jika suka)
  • Garam,gula, serbuk perasa -secukupnya

Bahan dikisar

Cara membuat:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering & halia.
2. Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown.
3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

4. Masukkan udang.
5.Masukkan bihun yg dah ditoskan. Gaul sebati
6.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.

Dah siap

Lagi sedap makan dengan sambal kicap

Sumber: Habeebah Md Daud

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*