Suami lsteri Takut Separuh M4ti, Buaya Besar Masuk Garaj, Namun Lain Jadi Bila P0lis Sampai

Penampakan buaya bukanlah sesuatu yang kita biasa lihat di kawasan perumahan melainkan di kawasan berdekatan sungai atau kawasan perairan. Namun lain pula ceritanya di Florida, AS, di mana reptilia besar itu pernah dilihat di tempat-tempat paling tidak dijangka, dari padang golf hinggalah ke kolam renang.

Oleh itu, apabila pejabat sheriff menerima panggilan mengenai penampakan buaya di sebuah garaj, mereka segera mengambil laporan itu dengan serius dan berharap untuk menemui reptilia berkenaan sebelum ia menimbulkan kekacauan.

Mark Texler adalah pegawai yang menjawab laporan tentang buaya di dalam sebuah garaj itu. Rekod menunjukkan bahawa seorang wanita menghubungi 911 untuk melaporkan bahawa suaminya sedang memindahkan kotak dari garaj mereka di luar pangsapuri apabila dia ternampak buaya itu.

Menurut wanita itu suaminya ternampak buaya itu terkunci di dalam garaj dan menegaskan bahawa buaya itu sangat besar.

Pegawai Trexler akhirnya sampai di kediaman wanita itu dan bersedia untuk menangkap buaya tersebut.

Dia masuk ke dalam garaj dan akhirnya berjaya menewaskan haiwan buas itu, namun buaya berwarna coklat itu sebenarnya hanyalah sebuah pelampung angin berbentuk buaya yang sangat realistik.

Kesilapan identiti itu ternyata membuat semua yang terlibat dalam situasi cemas itu rasa geli hati, malah netizen juga turut terhibur.

INFO:

Pejabat sheriff adalah jabatan polis tertentu. Sebuah jabatan polis perbandaran menyediakan perkhidmatan polis asas dalam had perbandaran yang mempekerjakannya. Pejabat sheriff pada dasarnya menyediakan perkhidmatan polis asas yang sama kepada bahagian daerah yang tidak diperbadankan.

Sumber HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*